Friday 14 December 2012

SOLAT SUNAT DHUHA


1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,

keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, 
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.




KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA



Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani )







Sunday 4 November 2012

Definisi kaunseling


Definisi kaunseling

                Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.

Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya.

Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri  dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya.

James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. 

Thursday 1 November 2012

assalamualaikum.....

salam... urmm pejam celik, pejam celik dah nk kne blk kolej.. sekejap jer rase mase yang berlalu bila duk kat kampung bersama-sama family yang tercinta... lepas ni kena siapkan segala tugasan yang masih tertangguh... maklumla... banyak sgt makan daging time cuti, kepala pn pening..hehhee so skrg kena siapkan fizikal & mental la tuk untuk siapkan semuanya...=)

Sunday 21 October 2012

kaunseling penyalahgunaan dadah


1.0 PENGENALAN
             Penglibatan golongan remaja dalam masalah penyalahgunaan dadah telah menunjukkan bahawa masalah ini telah merentasi peringkat usia dan kedudukan seseorang. dadah merupakan bahan kimia yang asli atau tiruan,apabila dimasukkan dalam tubuh badan ianya akan mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use" , "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug” . Contohnya" drug abuse" atau "misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
            Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini,seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih  dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan" antibiotic " membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai"caffeine". Namun begitu, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang boleh  menjadi masalah kepada individu, masyarakat dan negara. Akta Dadah berbahata 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedara, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpama ini.
            Masalah penyalahgunaan dadah dalam  kalangan generasi muda khususnya di negara ini adalah satu masalah besar yang sentiasa mendapat tumpuan ramai terutama sekali pihak berkuasa. Golongan  muda merupakan modal insan dan aset penting negara yang sangat berharga. Jumlah belia bagi tahun 2007 adalah seramai 11.96 juta orang (Jabatan Perangkaan Malaysia 2008) dan merupakan satu kumpulan besar dalam populasi penduduk Malaysia. Golongan ini juga merupakan golongan yang mempunyai statistik tertinggi terlibat dengan masalah dadah.
            Permasalahan dadah tidak akan ada penghujungnya selagi ada dadah, penagih, pengedar  serta individu yang menjadi tali barut kepada kegiatan pengedaran dadah maka selagi itulah kehidupan rakyat akan terus terancam. Oleh itu, usaha  perlu diteruskan  untuk mnecegah pengaruh dadah daripada terus berlaluasa dalam masyarakat (Husain dan Mustafa,  1999). Di Malaysia, penyalahgunaan dadah bukan satu persoalan baru. Ia telah menjadi satu ancaman bukan sahaja kepada individu atau keluarga, malah turut menjadi satu masalah besar kepada negara (Syed Amin 1995; Mahmood 1999; Abdul Ghafar 1992; Ruslina 2004). 
            Masalah dadah mengancam secara berantai bermula dari penyeludupan dan pengedaran, kemudian membawa kepada penyalahgunaan dan seterusnya penagihan dadah. Jika dilihat isu penyalahgunaan dadah yang melanda dunia khususnya negara barat pada hari ini sangat kritikal. Peningkatan kes penyalahgunaan dan penagihan dadah setiap tahun menuntut pelbagai usaha untuk memerangi gejala ini yang sememangnya berhadapan dengan dugaan dan cabaran yang begitu hebat.



2.0 FAKTOR –FAKTOR REMAJA TERLIBAT DALAM MASALAH DADAH
            2.1 Institusi Kekeluargaan
             Dalam institusi kekeluargaan, ibu bapa yang terlalu tegas dalam mendidik anak serta memberi hukuman yang keras menyebabkan remaja akan bertindak negatif. Ini kerana ibu bapa yang lebih bersifat autokratik akan menjadikan jiwa remaja memberontak. Zainal dan Sharani (2004) menjelaskan bahawa kesan daripada kaedah pengawalan autokratik akan menghasilkan gabungan antara pemberontakan dan pergantungan. Oleh itu, anak-anak akan mencari kebebasan di luar dan bergaul dengan rakan-rakan yang terlibat dalam masalah sosial seperti merempit dan masalah dadah. Secara tidak langsung, remaja yang bergaul dengan rakan yang terlibat dengan masalah dadah akan turut terlibat sama dalam kegiatan ini.
            Selain itu, faktor keluarga seperti ibu bapa yang sibuk dalam mencari rezeki juga merupakan penyebab remaja terlibat dalam masalah dadah. Kebanyakkan ibu bapa yang sibut mencari nafkah tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak-anak. Oleh itu, anak-anak terasa seolah-olah diri mereka tidak diberi kasih sayang yang secukupnya. Ibu bapa yang bekerjaya biasanya jarang berada di rumah dan sering sibuk dengan kerja  menyebabkan anak-anak bosan untuk berada di rumah. Mereka akan lebih gemar untuk bersama dengan rakan-rakan mereka bagi mengisi kekosongan. Arieff dan Wardah (2006) yang menjelaskan ibu bapa yang sibuk dengan kerja boleh menyebabkan hubungan antara anak dengan ibu bapa renggang. Oleh itu, remaja lebih suka menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebelum pulang ke rumah.
            Keadaan ini juga akan menyebabkan kurangnya komunikasi antara ibu bapa dengan anak-anak mereka tentang keperluan dan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Hubungan interaksi yang lemah antara ibu bapa dan anak akan menyebabkan remaja hilang tempat mengadu dan bergantung. Remaja akan merasakan ibu bapa tidak mengambil berat tentang keperluan mereka terutamanya dari segi psikologikal. Oleh itu, remaja akan mencari kawan sebagai tempat untuk mengadu.
            Jackson, et al. (1998) menjelaskan komunikasi yang tidak berkesan akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap keluarga dan tingkah laku anak-anak.  Ibu bapa yang sibuk juga jarang memberi motivasi dan sokongan serta pujian terhadap perkara yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Kata-kata peneguhan seperti pujian yang jarang diberikan kepada anak-anak akan membuatkan remaja merasakan diri mereka tidak mempunyai kelebihan dan perkara yang mereka lakukan tidak bermakna. Keluarga yang berpecah belah seperti berlaku penceraian antara ibu bapa turut member kesan yang amat besar kepada anak-anak. Remaja yang melalui situasi sebegini akan merasa tertekan apabila berada di rumah. Tekanan yang dihadapi mendorong remaja untuk mencari kebahagiaan di luar. Tanpa memikir panjang, remaja akan berjinak-jinak dengan masalah dadah untuk menghilangkan stress yang dihadapi.
            Oleh itu, institusi kekeluargaan yang lemah mendorong remaja untuk terlibat dalam masalah dadah. Ini kerana, remaja tidak mendapatkan apa yang diingini serta apa yang diimpikan di rumah.  Jadi, remaja akan mencari keseronokkan dan apa yang diperlukan di luar rumah. Kebiasaannya, remaja akan mencari rakan yang senasib dengan mereka. Mereka akan menghabiskan masa bersama-sama dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti melepak, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah dan sebagainya. Kebiasaannya, dari sini, remaja yang sebelum ini tidak terlibat dengan rokok mula berjinak-jinak dengan menghisap rokok, dan akhirnya terlibat dengan  masalah dadah.    
            Statistik penagihan dadah yang dikeluarkan oleh Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan Malaysia menunjukkan, bagi tempoh 7 bulan pertama 2008, Januari-Julai seramai 7,992 orang penagih dadah telah dikesan. Sejumlah 3,584 dari mereka (44.84%) yang dikesan terdiri daripada penagih baru, manakala selebihnya seramai 4,408 orang (55.16%) adalah penagih berulang. Purata penagih baru dikesan bagi tempoh sebulan ialah seramai 512 orang berbanding dengan penagih berulang 630 orang. Jumlah kes baru dikesan tinggi di Johor 58.10% (558 orang), di ikuti oleh Negeri Kedah 46% (465 orang) dan di WP Kuala Lumpur 28.90% (427 orang). Sementara kes berulang yang tinggi dikesan di WP Kuala Lumpur sebanyak 71.10% (1077 orang). Walau pun secara umum terdapat penurunan sebanyak 21.11% berbanding tempoh masa yang sama pada tahun 2007 (10,131 orang), jumlah ini masih dianggap tinggi.

            2.2 Diri Sendiri       
Selain itu, faktor rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yang mendorong remaja terlibat dalam masalah penyalahgunaan dadah. Bagi remaja, rakan sebaya adalah golongan yang mempunyai keinginan dan pendapat yang sama dengan mereka. Kadangkala, perkara-perkara yang dilakukan oleh rakan mereka dianggap baik dan betul. Remaja juga sanggup melakukan apa sahaja supaya mereka dihormati dan diiktiraf oleh rakan-rakan iaitu ahli kumpulan walaupun ia berdosa. Remaja sebegini cenderung untuk bersama rakan-rakan yang mempunyai tingkah laku yang sama. Sebagai contoh, remaja yang mempunyai masalah di rumah seperti masalah ibu bapa bercerai, kesempitan hidup dan sebagainya akan mencari rakan-rakan yang mungkin senasib dengan mereka. Dari situ, mereka akan mula mencuba sesuatu yang baru bagi menghilangkan masalah yang dihadapi di rumah dengan mengambil dadah. Rakan-rakan yang senasib mudah mempengaruhi rakannya untuk mencuba perkara yang baru.
Bagi remaja, rakanlah yag lebih memahami dirinya berbanding dengan ibu bapa. Oleh itu, mereka mula berjinak-jinak dalam masalah dadah dan akhirnya menjadi rutin harian. Ini akan mendorong mereka membentuk kumpulan sendiri dan mempunyai peraturan tertentu dalam kumpulan mereka. Justeru itu, remaja sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka diterima menjadi ahli kumpulan. Asmak (2006) mendapati remaja akan terpengaruh dengan rakan-rakan yang menganggap peraturan sekolah adalah tidak penting dan mereka akan membentuk kumpulan serta peraturan tertentu. Kajian oleh Samsaadal dan Abdullah (2006) juga mendapati pengaruh rakan sebaya juga cukup besar. Remaja akan berasa selesa bersama rakan sebaya sekirannya mereka diiktiraf.

            Remaja juga mudah menerima ajakan dan pujukan daripada rakan-rakan kerana mereka percaya apa yang dilakukan oleh rakan mereka adalah betul dan boleh mendatangkan keseronokan. Pengaruh rakan sebaya remaja terlibat dengan salah laku merupakan peratusan tertinggi iaitu 63.6%, kajian menunjukkan bahawa remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Oleh sebab remaja ingin diterima dalam sesebuah kumpulan, remaja secara tidak langsung akan mengikuti ajakan rakan-rakan yang berjinak-jinak dengan najis dadah. Menurut kata Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan, senario ini berlaku disebabkan remaja tidak mempunyai kemahiran 'interpersonal'. 
     
  2.3 Ekonomi

            Faktor lain ialah status ekonomi. Status ekonomi ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu status ekonomi yang rendah dan status ekonomi yang tinggi. Bagi remaja yang terdiri daripada keluarga yang berstatus ekonomi rendah, ibu bapa mereka terpaksa bekerja untuk mendapatkan nafkah bagi menyara keluarga. Terdapat sesetengah bapa terpaksa melakukan dua  yang berlainan dalam sehari. Contohnya, pada waktu pagi, mereka akan melakukan kerja seperti menoreh getah manakala pada waktu petang pula, mereka akan melakukan kerja seperti pengawal keselamatan. Oleh itu,ibu bapa kurang berkomunikasi dengan anak-anak disebabkan kekangan masa yang ada. Selepas subuh, mereka telah keluar mencari nafkah manakala lewat malam, mereka baru pulang sesudah anak-anak tidur.

            Oleh itu, anak-anak tidak dapat berkongsi masalahnya dengan ibu bapa akibat kekangan ini. Bagi remaja yang tidak dapat memahami keadaan ini, mereka akan merasakan bahawa ibu bapa tidak memberi perhatian, kasih sayang dan tidak menghiraukan mereka. Mereka juga berasa bebas untuk bergaul, keluar ke mana sahaja tanpa pengawasan daripada ibu bapa. Oleh itu, mereka akan mencari keseronokkan serta lepaskan rasa kecewa bersama rakan-rakan. Sekiranya rakan-rakan yang dipilih itu terlibat dalam  masalah penyalahgunaan dadah, ini mendorong remaja untuk berjinak-jinak dengan masalah tersebut.  Pada mulanya, mungkin mereka menggangap ianya sekadar untuk menghilangkan tekanan dan menyeronokkan, tapi lama-kelamaan ianya akan bertukar menjadi ketagih. Kebanyakkan keluarga dan ibu bapa merupakan orang yang paling lewat mengetahui anak-anak mereka terlibat dalam masalah dadah berbanding orang lain.
           

            Bagi remaja yang terdiri daripada status ekonomi keluaga yang tinggi, mereka juga mudah terjebak dalam masalah penyalagunaan dadah. Hal ini  demikian kerana ibu bapa yang sibuk bekerja mempunyai kekangan masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak. Sebagai contoh, sekiranya ibu bapa yang terpaksa keluarga negeri untuk melaksanakan tanggungjawab, anak-anak mudah untuk mendapatkan kebebasan di luar. Hal ini kerana mereka mungkin berasa sunyi kerana tidak mendapat kasih sayang dan perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa.
           
            Apabila remaja mula bergaul secara bebas, ianya terdedah kepada risiko yang tinggi untuk terlibat dalam masalah dadah. Tambahan pula, ibu bapa tidak mempunyai masa untuk memantau anak-anak. Tambahan pula, disebabkan mereka terdiri daripada keluarga yang berstatus ekonomi yang tinggi, mereka tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan sumber kewangan daripada keluarga. Ibu bapa yang tidak memantau anak-anak dan sibuk dengan kerjayanya mudah mempercayai anak-anaknya. Ini memberi kesempatan kepada anak-anak dengan menipu ibu bapa bagi mendapatkan wang untuk mendapatkan bekalan dadah. Ibu bapa hanya memberi tanpa menyoal.  Oleh itu, status ekonomi sama ada status ekonomi yang tinggi mahupaun status ekonomi yang rendah, ianya boleh menyebabkan remaja terlibat dalam masalah penyalahgunaan dadah.


3.0 STRATEGI
            3.1 Peranan Kerajaan

            3.1.1      Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.

            Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis ‘Syabu’. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan  hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat.  Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhkan  hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali.

3.1.2     Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.

            Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya.
3. 1.3     Mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.

            Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama dalam   kalangan golongan remaja. Sebagai contoh,  masyarakat dan pihak kerajaan perlu serta merta  bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan supaya dadah tidak dapat diseludup masuk ke Negara ini.

3.1.4      Penubuhan pusat-pusat pemulihan.

            Pihak kerajaan juga perlu menambahkan  rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Sebagai contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah rumah pemulihan yang dikenali sebagai Rumah Al-Islah untuk merawat serta memulihkan pemikiran mental serta tingkah laku  mereka kepada jalan yang benar serta di redhai Allah.

            3.2 Peranan Ibu Bapa

            Sebenarnya , peranan ibu bapa bermula sejak anak-anak masih di peringkat kanak-kanak lagi.  Menurut Dr Haji Zahazan Mohamed seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bukunya “Anakku Hebat Anakku Soleh”, pabila anak-anak telah dapat menerima ajaran agama dengan baik dan mengalikasinya dalam setiap aktiviti harian , sudah pastilah mereka dapat mengawal diri daripada perkara negatif aitui penagihan dadah. Hal ini kerana, perasaan sangat takut akan Tuhan akan mencegah naluri anak-anak daripada mendekati  najis dadah. Situasi  ini juga berlaku kerana anak-anak dapat membezakan perlakuan yang murni dengan yang tidak bermoral. Oleh itu, pemantauan yang serius oleh ibu bapa terhadap pengamalan agama anak-anak akan membentuk suatu benteng yang kukuh bagi menepis pengaruh penagihan dadah kepada anak-anak.

            Dalam memberi perhatian kepada anak-anak, sikap pilih kasih antara anak-anak perlu dihindari. Perilaku ini mampu melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan anak-anak. Perbezaan layanan akan mewujudkan tekanan perasaan, sakit hati , benci dan cemburu sesama anak-anak. Implikasinya , anak-anak yang berasa tidak mendapat layanan istimewa akan bertindak melakukan apa-apa sahaja untuk menarik perhatian ibu bapa seperti melibatkan diri dalam dunia penagihan dadah. Intihanya, perhatian yang sama rata dan adil perlu menjadi keutamaan untuk menghindari pengaruh buruk dadah.

            Selain itu, hubungan kekeluargaan yang erat juga mampu membendung serangan penagihan dadah dari menerobos masuk ke dalam keluarga. Hubungan erat dengan keluarga kembangan seperti datuk, nenek, ibu saudara, bapa saudara dan sepupu-sepupu akan melahirkan  ikatan yang  intim. Keadaan ini dapat membantu ibu bapa memantau kelakuan anak-anak kerana kebiasaannya anak-anak akan lebih mudah meluahkan isi hati kepada orang lain berbanding ibu bapa sendiri. Oleh itu , dalam usaha mengawal perilaku anak-anak dari terjebak dengan penagihan dadah, ibu bapa perlu sentiasa berhubung dan menziarahi kaum keluarga kembangan agar anak-anak berasa diri  mereka sentiasa disayangi dan  diberi perhatian oleh semua kaum keluarga. Akibatnya, anak-anak akan berhati-hati dalam setiap tindak tanduk yang ingin dilakukan. Hal ini dapat membantu ibu bapa memantau anak-anak lalu menghalang anak-anak daripada terjerumus ke dalam kancah dadah yang kotor itu. Intihanya, ibu bapa mesti menguatkan ikatan ukhwah dengan saudara-mara yang lain supaya mereka boleh menjadi mata-mata yang bersedia memerhati tindak- tanduk anak-anak seterusnya dapat mengawal anak-anak dari terlibat dengan najis dadah.

            Dalam mendidik anak-anak pada awal zaman remaja, ibu bapa perlu menjadi ‘rakan’ kepada anak-anak. Sebagai contoh, pakar motivasi terkenal, Dr. Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan motivasi stesen televesen TV3 pernah menyarankan agar seorang bapa ‘bertukar’ menjadi  kanak-kanak lelaki untuk memainkan watak raksasa melawan anak lelakinya yang  menjadi watak “ultraman”. Bagi Dr. Fadzilah Kamsah , perlakuan ini amat penting bagi perkembangan mental dan emosi anak-anak kerana dapat mewujudkan hubungan yang erat dalam keluarga.
            Dalam erti kata lain,  ibu bapa perlu memahami naluri anak-anak tentang kegemaran dan kecenderungan mereka dalam sesuatu bidang. Jika ada anak-anak remaja,ibu bapa boleh melibatkan diri bersama-sama dalam aktiviti yang digemari oleh anak-anak seperti mendaki gunung. Dengan cara ini, anak-anak akan berasa dihargai dan disayangi seterusnya berasa yakin dan selamat jika bersama-sama keluarga.  Natijahnya, anak-anak akan lebih gemar bersama-sama keluarga berbanding rakan-rakan di luar rumah. Oleh itu,  kesefahaman antara ibu bapa dan anak-anak amat perlu, agar anak-anak tidak berasa terpinggir dan menghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya yang boleh menarik mereka ke lembah penagihan dadah.

            Akan  tetapi, ibu bapa tidak boleh menyekat sepenuhnya pergaulan anak-anak di luar rumah. Lebih-lebih lagi  jika anak-anak sudah mula menapak kaki ke dalam alam persekolahan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap rakan-rakan yang menjadi sahabat anak-anak. Hal ini kerana ,kebanyakan penagih mendakwa mereka menjadi penagih kerana terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan. Malah, di peringkat remaja, pengaruh rakan sebaya lebih besar berbanding ibu bapa. Sehubungan dengan itu, latar belakang rakan-rakan anak-anak perlu diselidik dengan teliti. Adalah sangat baik jika ibu bapa menjalinkan hubungan persahabatan dengan ibu bapa kepada rakan-rakan anak-anak. Jalinan hubungan yang baik ini akan melahirkan rasa tanggungjawab yang ikhlas untuk saling memantau gerak-geri anak-anak masing-masing. Seterusnya, dapat meyelamatkan anak-anak daripada fenomena negatif ini menular dalam kehidupan keluarga.

            Selain menjalinkan ikatan persahabatan antara ibu bapa, kerjasama yang erat juga amat penting dijalinkan dengan pihak sekolah tempat anak-anak belajar. Keprihatinan ibu bapa tentang hal ehwal disiplin dan pencapaian akademik anak-anak di sekolah dapat menyekat anak-anak dari terus leka dan tidak menumpukan perhatian pada pelajaran. Maklumat tentang anak-anak daripada pihak sekolah perlu diberi perhatian positif. Hal ini kerana, sebahagian besar waktu siang anak-anak dihabiskan di kawasan sekolah  iaitu lebih kurang lima jam sehari. Apatah lagi, jika anak-anak tinggal di asrama,  mereka hanya bertemu keluarga pada setiap hujung minggu sahaja. Maka , ibu bapa perlu memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk bersama-sama mengawal disiplin dan tingkah laku anak-anak mereka. Melalui tindakan ini, anak-anak akan berasa sentiasa diawasi dan tiada peluang untuk melakukan hal-hal yang kurang baik seperti merokok di kawasan sekolah. Hal ini kerana, punca awal penagihan dadah datangnya daripada kegemaran merokok. Kesimpulannya, jalinan kerjasama antara ibu bapa dan sekolah juga mampu mengelak unsur buruk ini menyusup masuk ke dalam kehidupan anak-anak dan memporak- perandakan kebahagian keluarga.

            Secara tuntasnya, pencegahan penagihan dadah dalam kalangan anak-anak memang terletak di bahu ibu bapa.  Namun begitu  ibu bapa tidak dapat bergerak sendirian bagi menanganinya. Permuafakatan dengan masyarakat amat penting. Masyarakat tidak boleh bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan hanya menuding jari kepada ibu bapa yang terbabit. Hal ini kerana, wabak dan najis dadah boleh menyusup masuk ke dalam setiap keluarga jika tidak diawasi bersama-sama. Sikap prihatin perlu ada, umpama peribahasa Melayu, cubit paha kanan, paha kiri terasa. Oleh itu, semua ibu bapa yang merupakan salah satu entiti dalam masyarakat perlu saling membahu untuk membanteras isu negatif ini daripada terus memburu anak-anak mereka lalu membarah dalam komuniti.

 4.0  KESIMPULAN
            Secara kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dalam memastikan masalah dadah dalam kalangan remaja dapat di kurangkan. Usaha yang dilakukan tidak seharusnya bergantung kepada pihak kerajaan semata-mata. Peranan ibu bapa juga penting dalam memastikan anak-anak sentiasa   berada dalam keadaan selamat dan bebas daripada dadah.  Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa masalah dadah pada masa kini sangat berleluasa, ia bukan sahaja melibatkan golongan dewasa malah juga golongan remaja terutamanya pelajar sekolah.  salah satu masalah sosial yang dilakukan ialah kegiatan menghidu gam. Pada kebiasaannya,  kegiatan ini berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor misalnya seperti pengaruh rakan sebaya, keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru dan juga keluarga.  Justeru itu mereka melakukan kegiatan tersebut sehingga akhirnya boleh memberikan impak dan kesan bukan sahaja kepada diri seseorang remaja itu sendiri, malah juga kepada keluarga, pendidikan dan juga masyarakat serta negara. Oleh yang demikian, bagi menghindari perkara atau kegiatan ini dari terus berleluasa, kita atau pihak yang berkenaan hendaklah sentiasa membentuk beberapa langkah dan strategi bagi mengatasinya masalah dadah ini.
            Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting, ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah dadah dalam  kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, masyarakat dan semua pihak nescaya gejala ini sukar diatasi.