1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA
Berkata Abu Murrah
Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam!
Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di
akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini
menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah
Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan
manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat
yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat
Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya,
antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku
Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak
meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan
witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia
adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis
riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang
lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap
pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah;
tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat
baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan
mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan
sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah
SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak
kepapaan."
Dalam satu riwayat
yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga
sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun
seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas
bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata:
“Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina
akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan
Tirmidzi)
Waktu sembahyang
Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu
matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik
tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya
pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat
satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat.
Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil
yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat
rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad,
Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis
yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan
sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada
orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang
menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang
suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat
dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan
rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat,
barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina
baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan
Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak
mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada
petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani )